Friday, May 23, 2008

Sepi Seorang Perindu
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

ya allah
sayu sungguh hatiku ketika mendengar lagu yang berbait indah ini. tak kusangka syed rish yang dianggap tabah selama ini tidak mampu menahan airmata ketika mendengar kelunakan alunan lagu sepi seorang perindu

ya...
aku memang seorang perindu yang sepi. seorang yang sentiasa dalam kesepian. kehadiran teman-teman banyak mengubah hidupku. kehadiran yang teristimewa adalah dari azman. sukar untuk aku melpakan dia. 3 tahun kami berpisah bermacam kenangan datang mengimbau kembali.

tiga tahun berlalu bermacam perkara aku tempuh sendiri. sekiranya dahulu aku mempunyai seorang teman yang setia mendengar luahan masalahku tp kini aku kesepian. seringkali aku mengalirkan airmata apabila teringat akan kenangan lalu bersamanya.

tapi aku bersyukur kerana sekarang aku tahu bahawa aku mempunyai ramai teman yang sentiasa membantu aku membia ketabahan dalam hidup.

awk....
kehadiran awk mendatangkan sejuta makna bagi diri kite. sekarang walaupun aku seorang perindu yang sepi, aku tahu aku mempunyai teman-teman yang amat bermakna bg diriku.
kepada teman terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku. mungkin masa tidak begitu lama utk membenarkan aku mengenalimu tetapi kehadiranmu sudah cukup utk aku menghiburkan diriku disaat aku berduka.

andai kata aku pergi, maafkan segala dosa dan kekhilafan diriku terhadapmu. sesungguhnya aku amat merindui kamu sebagai temanku.
aku cintakan kamu
aku sayangkan kamu

hanya doa indah kupanjatkan utk kau dan jutaan terima kasih kerana menyerikan hidupku selama ini..faz
SEMPENA HARI IBU 10 MEI 2008
Khas utk mak yang amat dimuliakan pn marsita bte md aris

Salam hari ibu abg ucapkan utk mak. Abg doakan mak panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang sempurna serta kebahagian yang berkekalan bersama abah.

Mak,
Sempena hari ibu ini, abg ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak yang telah melahirkan, menyusukan, menjaga, mengasuh, mendidik dan membesarkan abg. Jasa mak tidak akan dapat abg balas walau sedikit pun. Mak, jutaan maaf abg pohonkan kerana selama abg menjadi anak mak abg kerap melakukan kesalahan sehingga ada diantaranya membuatkan mak menitiskan air mata. Abg akui abg bayak melakukan khilaf terhadap mak. Oleh itu jutaan maaf abg pohonkan dari hujung rammbut sampai hujung kaki atas segala kesalahan abg selama abg hidup di dunia ini.

Mak,
Selama ini abg banyak mensia-siakan peluang yang telah mak dan abh berikan pada abg. Mak dan abah berikan peluang utk abg memilih kehendak abg sendiri tp abg tetap mensia-siakannya. Mak, abah, abg berjanji akan menebus kekalahan abg selama beberapa tahun yang lepas dengan kemenangan yang begitu besar dan bermakna buat mak dan abah. Oleh itu doakan abg dalam menempuh perjuangan abg kali ini.

Mak,
Doa yg ikhlas dari mak sentiasa abg pohonkan. Kerana abg tahu keberkatan dan kemuliaaan mak sebagai seorang ibu. Keberkatan doa ibu yang begitu mudah dimakbulkan oleh Allah taala. Doa itulah yang abg pohonkan. Smoga doa mak tidak prnh lekang dr bibir utk anakmu dalam menghadapi perjuangan hidup

Akhir kata mak adalah ibu terbaik di dunia. Tiada wanita semulia mak di dalam dunia ini. Selamat hari ibu dari anakmu khas utk yang dimuliakan IBU.

Buatmu Ibu
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikanIbu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu