Sepi Seorang Perindu
Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku
Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata
Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta
Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu
Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti
ya allah
sayu sungguh hatiku ketika mendengar lagu yang berbait indah ini. tak kusangka syed rish yang dianggap tabah selama ini tidak mampu menahan airmata ketika mendengar kelunakan alunan lagu sepi seorang perindu
ya...
aku memang seorang perindu yang sepi. seorang yang sentiasa dalam kesepian. kehadiran teman-teman banyak mengubah hidupku. kehadiran yang teristimewa adalah dari azman. sukar untuk aku melpakan dia. 3 tahun kami berpisah bermacam kenangan datang mengimbau kembali.
tiga tahun berlalu bermacam perkara aku tempuh sendiri. sekiranya dahulu aku mempunyai seorang teman yang setia mendengar luahan masalahku tp kini aku kesepian. seringkali aku mengalirkan airmata apabila teringat akan kenangan lalu bersamanya.
tapi aku bersyukur kerana sekarang aku tahu bahawa aku mempunyai ramai teman yang sentiasa membantu aku membia ketabahan dalam hidup.
awk....
kehadiran awk mendatangkan sejuta makna bagi diri kite. sekarang walaupun aku seorang perindu yang sepi, aku tahu aku mempunyai teman-teman yang amat bermakna bg diriku.
kepada teman terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku. mungkin masa tidak begitu lama utk membenarkan aku mengenalimu tetapi kehadiranmu sudah cukup utk aku menghiburkan diriku disaat aku berduka.
andai kata aku pergi, maafkan segala dosa dan kekhilafan diriku terhadapmu. sesungguhnya aku amat merindui kamu sebagai temanku.
aku cintakan kamu
aku sayangkan kamu
hanya doa indah kupanjatkan utk kau dan jutaan terima kasih kerana menyerikan hidupku selama ini..faz
No comments:
Post a Comment